SUKAN DAN PERMAINAN
Bersukan bukan sahaja dapat menimbulkan rasa keseronokan, malah dapat
meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan diri seseorang. Setiap individu
perlu meluangkan masa senangnya dengan melakukan aktiviti-aktiviti riadah,
bermain dan bersukan. Mengamalkan cara hidup sihat akan menjadikan seseorang
itu hidup lebih ceria, cergas dari segi mental dan fizikal serta dapat
menjalani kualiti-kualiti hidup yang diinginkan.
Di Maktab Duli Pengiran Mdua Al-Muhtadee Billah, kegiatan kegiatan ko-kurikulum
– Khususnya dibidang sukan dan permainan amat digalakkan. Pelajar-pelajar
dikehendaki memilih dan menjalani kegiatan-kegiatan sukan dan permainan yang
mereka minati. Diantara aktiviti-aktiviti sukan dan permainan yang giat
dijalankan ialah seperti; Bola Sepak, Badminton, Olahraga, Bola Keranjang, Bola
Jaring, Bola Tampar, Ping Pong, Tenis dan Sepak Takraw.
Kegiatan-kegiatan ini akan berjalan disepanjang tahun mengikut perancangan
dan program yang telah disediakan. Sesuai dengan tahap dan peringkat
pelajar-pelajar tersebut, mereka lebih banyak didedahkan kepada struktur
organisasi dan pentadbiran dalam sukan. Pelajar-pelajar diberikan peranan dan
tanggungjawab membentuk jawatankuasa dan seterusnya mengelolakan sesuatu
kejohanan/pertandingan diperingkat Maktab ini.
Malalui pertandingan-pertandingan tersebut, mana-mana pelajar yang
mempunyai potensi dan kebolehan dibidang-bidang tertentu akan dipilih mewakili
Maktab ini bagi menyertai pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh
Jabatan ko-kurikulum atau mana-mana kementerian dan Badan-Badan Sukan yang ada
di negara ini.
Adalah diharapkan dengan pendedahan dan tunjukajar dari guru-guru yang
berpengalaman, akan dapat membantu pelajar-pelajar menjadi seorang pemimpin
yang berwibawa, berkeyakinan dan berkebolehan untuk tampil menjadi pemimpin
dalam masyarakat di masa akan datang.
Penyelaras ECA.